Sunday, January 25, 2009

Dulu Sedekah ‘Ayam China’ sekarang Sedekah Lembu



Pada hari ini saya terpanggil untuk mengulas mengenai isu pembelian lembu untuk korban oleh MB Selangor, Dato Khalid Ibrahim. Dalam hal ini juga saya ingin menjawab mengenai hujah pihak MB dan penegak benang yang basah mengenai isu “sedekah”. Saya juga ingin membidas sesetengah artikel yang menyamakan sedekah lembu Khalid Ibrahim ini sama seperti sedekah kepada rakyat Palestin dan mangsa banjir.


Umum mengetahui sedekah lembu korban oleh ahli politik tidak sama dengan sedekah lembu korban oleh orang biasa. Kerana apa? Saya bukanlah Tuhan yang berhak menentukan samada ibadah Khalid tidak sama dengan Ibadah orang lain. Tetapi saya menegaskan tanpa prasangka bahawa wujud satu perbezaan secara lahiriah dalam korban ahli politik dan orang biasa. Namun dalam soal pahala dan ibadah diterima, itu hanyalah urusan Allah SWT. Dan hanya DIAlah yang maha berkuasa. Wallahualam.

Kenapa tidak sama?.
Baiklah saya mulakan situasi dengan sedekah orang biasa dahulu. Sedekah korban orang biasa umumnya bermula dengan niat biasanya mengambil masa setahun sebelum itu, kemudian si orang biasa itu mula mengumpul duit sehingga cukup memebeli seekor kambing atau lembu untuk dikorbankan. Apabila tiba waktu korban dia mengorbankan tanpa dia menjaja nama ke seluruh kampung yang dia telah berkorban seekor lembu tahun ini. Apatah lagi jika ada factor mempengaruhi jika siapa bersedekah korban akan terpilih menjadi calon Ketua Kampung. Adapun orang yang tahu hanyalah segelintir sahaja.

Sedekah orang politik?
Sedekah orang poliitik pula ibarat kempen politik dalam diam. Kenapa? Si orang politik ini apatah lagi Menteri Besar boleh megarahkan wang kerajaan negeri untuk ‘bersedekah’ di kawasan parlimen atau adun sendiri. Kemudian membuat majlis dan kain rentang besar-besaran yang dialah menyedekahkan 20 atau 30 ekor lembu. Apatah lagi sedekah itu hanyalah alat untuk menaikkan populariti di kalangan penggundi di kawasan dia.
Saya tidak marah kalau betul dia nak menggunakan duit kerajaan negeri jika dia mengagihkan lembu-lembu tersebut ke seluruh negeri Selangor dan bukannya hanya kepada penggundi-penggundi beliau sahaja.


Saya juga tidak marah dan mengakui bahawa lembu-lembu korban itu sedekah jika lembu-lembu korban itu dikorbankan atas sumbangan wang rakyat negeri Selangor. Iaitu wang pembayar cukai Selangor. Bukannya menggunakan wang rakyat Selangor tetapi dinamakan sumbangan wakil rakyat tersebut.

Sekarang ini penyokong-penyokong Pakatan rakyat cuba menegakkan benang yang basah sehingga menyatakan sedekah tersebut sama seperti sumbangan kepada mangsa banjir dan kepada rakyat Palestin. Sama apakejadah nya ni?? Kenapa tak saja Khalid sedekah lembu-lembu tu ke Palestin, Selatan Thailand atau Filipina? Kenapa nak sedekah ke kawasan sendiri iaitu Bandar Tun Razak? Kenapa? Ataupun sedekah kat kawasan Dr. Khir Toyo sebab kawasan itu adalah rakyat Selangor juga (ingat Khalid tu guna duit poket pembayar cukai rakyat Selangor).

Akhir kata jika keadaan meruncing dan tidak mempu lagi menegakkan benang yang basah. Pakatan Rakyat akan menggunakan cara terakhir iaitu meminta Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan Fatwanya untuk menyebelahi Pakatan.. Kita tunggu dan lihat bagaimana ulama pakatan akan memberi fatwa mengenai lembu pula..Tengoklah je nanti.


Penegak 25/01/2009