Saturday, April 26, 2008

AKU SUNGGUH HAIRAN WAHAI IKHWAN MUSLIMIN MALAYSIA (PAS)

AKU SUNGGUH HAIRAN WAHAI IKHWAN MUSLIMIN MALAYSIA (PAS)




Aku sungguh hairan dengan dirimu wahai PAS,
Dahulu semasa UMNO berpakat membentuk kerajaan dengan MCA dan MIC, dan GERAKAN,
Maka kamu wahai PAS menfatwakan bahawa UMNO itu sesat dan kafir kerana berpakat dengan orang kafir,
Namun hari ini, kamu pula yang berpakat dengan Lim Kit Siang dan Taresa Kok (DAP)-tapi kamu kata halal.
Aku nak tanya? masa buat fatwa,Ayat Quran yang kamu guna dulu sudah lain ke dengan ayat Quran sekarang?
Hebat sungguh kamu, fatwa boleh berubah-ubah-sebab mungkin Al-Quran yang kamu guna sedah berubah.
UMNO je kafir, PAS Islam sejati......

Aku sungguh hairan dengan dirimu wahai PAS,
Dulu kamu kutuk UMNO sebab babi di Melaka-kamu kata UMNO sama macam babi,
Dulu jugak kamu kutuk pusat judi di Genting-kamu kata UMNO kafir,
Tapi hari ini, kamu pula yang pegi sokong projek babi di Sepang,
Kamu nak tubuh negara Islam atau negara pengeksport babi??
Lidah biawak betul kamu ni,
UMNO je kafir, PAS Islam sejati......

Aku sungguh hairan dengan dirimu wahai PAS,
Dulu kamu kata UMNO tak buat hukum hudud, maka UMNO kafir,
Masa kamu kuasai teengganu dulu, kamu bersungguh-sungguh nak buat hukum hudud,
tapi hari ni kamu sudah kuasai 3 negeri-Kelantan,Kedah dan Perak-tapi kamu tolak hudud,
Kamu kata 'Negara Berkebajikan lebih penting dari 'Hudud',
Kamu buat alasan berdolak dalik kena kuasai seluruh Malaysia dulu-baru boleh hudud.
Dulu masa kuasai terengganu-kenapa tak bagi alasan kena kuasai seluruh Malaysia dulu-baru boleh hudud?
tapi yang menariknya walaupun kamu tolak hudud-tapi kamu kata kamu tetap Islam,
UMNO je kafir, PAS Islam sejati......

Aku sungguh hairan dengan dirimu wahai PAS,
fatwa kamu, undi umno masuk neraka, undi PAS masuk syurga,
sama macam dajjal, syurga di sebelah tangan kanan dajjal, neraka sebelah tangan kiri dajjal,
Neraka dan syurga, kamu (PAS) umpama hak mulak kamu,
UMNO je kafir, PAS Islam sejati......

Banyak lagi penyelewengan dan kesesatan kamu, PAS-Parti Ajaran Sesat....
sebab tu lah Rasulullah sudah mengigatkan berhati-hati akhir zaman akan ada da'ie-da'ie dan ulamak-ulamak yang menyesatkan umat Islam, membawa ke neraka jahanam...
Walaupun luaran nampak macam Islam-padahal pencemar nama suci Islam....

Oleh... ieman 26/4/2008